MPLI 2021: Sang Raja tumbang di tangan Blacklist International

Perlawanan pertama di peringkat separuh akhir Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI 2021) menyaksikan RRQ Hoshi bertemu dengan pasukan Blacklist International.

Blacklist International melakukan rotasi dengan lebih baik di minit awal permainan, mereka berjaya mendapatkan objektif dengan mudah. Alberttt gagal mendapatkan momentum untuk menumbangkan musuh kerana disekat oleh OhMyV33nus.

RRQ Hoshi terus diberikan tekanan oleh Hadji yang menggunakan kagura. RRQ gagal mendapatkan turtle dan buff untuk mengubah situasi mereka, Barats yang terlalu kuat di fasa late game berjaya memberikan pasukan Blacklist kemenangan yang pertama.

Berbeza dengan perlawanan kedua, pasukan RRQ Hoshi tidak gentar untuk memberi Hadji menggunakan Chou. Mereka mengejar farming kerana Yi Sun Shin dan Bruno adalah hero yang bergantung kepada item.

Pasukan Blacklist seolah-olah kehilangan momentum mereka di perlawanan pertama, mereka terus diasak oleh Baxia dan Real World Manipulation dari Pyschoo. Selain itu, kemaraan pasukan Blacklist sering disekat oleh R7 menggunakan Falling Star Moon.

Selepas Blacklist gagal untuk memenangi pertarungan beberapa kali, Yi Sun Shin dan Bruno yang sudah mempunyai core item terus menghancurkan pasukan Blacklist dengan mudah. Kemenangan kedua berpihak kepada RRQ Hoshi kali ini.

Perlawanan yang ketiga menyaksikan pasukan Blacklist International lebih cemerlang di minit awal permainan. Mereka menganggu Alberttt untuk mendapatkan farming di jungle dan menumbangkan beliau berulang kali.

RRQ Hoshi mula melakukan serangan balas di fasa mid game, mereka berjaya menumbangkan satu demi satu ahli pasukan Blacklist di dalam peta. Luminous Lord berjaya didapatkan RRQ Hoshi pada minit ke-17.

Kesilapan RRQ Hoshi yang dilakukan pada minit ke-22 di Lord Pit menyebabkan Alberttt ditumbangkan. R7, Pyschoo dan Skylar yang cuba membantu turut sekali digugurkan oleh pasukan Blacklist International. Mereka kemudian menuju ke base RRQ Hoshi untuk menghancurkan crystal.

Pasukan Blacklist International akan mara ke peringkat akhir dan akan berlawan dengan pasukan ONIC ID/Alter Ego nanti. 

 

RELATED NEWS

+