MPLI 2021: Todak dalam kumpulan bahaya

Nampaknya hasrat salah satu pasukan Malaysia, Todak untuk menjadi juara Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) mungkin sukar berikutan mereka berada dalam kumpulan bahaya apabila dipilih oleh Blacklist International untuk bertembung dalam kumpulan sama iaitu kumpulan C.

Blacklist sebagai juara MPL Filipina musim kelapan tak lama dulu mempunyai kuasa untuk memilih empat pasukan untuk kumpulan C. 

Todak, See You Soon, Bigetron Alpha dan Geek Fam ID akan berentap untuk melawan Blacklist di peringkat suku akhir kelak.

Sementara itu, Orange Esports mempunyai harapan agak cerah di mana mereka akan melawan Alter Ego dari Indonesia sebelum boleh bertemu RBG atau NXPE di peringkat seterusnya.

EVOS SG akan menanti mereka di suku akhir.

Team SMG pula memilih EVOS Legends, RRQ Hoshi, Onic PH dan Omega untuk kumpulan mereka.

Sepertinya EVOS Legends dan RRQ akan memulakan El Clasico seperti MPLI edisi sebelum ini.

RELATED NEWS

+