Pasukan profesional Mobile Legends Malaysia, Todak menerima slot istimewa di kejohanan akan datang iaitu Kejohanan Jemputan MPL (MPLI) kerana menjuarai liga MYSG baru-baru ini.
Seperti foto di atas, Todak berkongsi slot itu bersama Burmese Ghouls (Myanmar), RRQ Hoshi (Indonesia) dan Bren Esports (Filipina). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana juara MPL pastinya ada kelebihan dari segi slot.
Ini bermakna mereka akan menunggu pasukan yang layak dari peringkat kumpulan dan mara bertanding di peringkat suku akhir.
Senarai penuh pasukan akan bertanding pada 27 November ini:
Malaysia: Todak dan Orange Louvre Esports.
Indonesia: Alter Ego, Bigetron Alpha, EVOS Legends, Geek Fam ID, Genflix Aerowold, ONIC Esports, RRQ Hoshi (juara MPL ID S6) dan AuraFire. Nampaknya kesemua pasukan MPL ID Musim Keenam dijemput ke MPLI ini.
Myanmar: Burmese Ghouls dan Ronin Esports
Singapura: EVOS SG dan Resurgence.
Filipina: ONIC PH, Omega PH Esports, Execration, Bren Esports, Aura PH dan Blacklist International.
Ia mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).
Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.