Yums bakal ke Team Lunatix?

Roamer Todak, Yums dikhabarkan akan ke Team Lunatix selepas satu kenyataan dikeluarkan oleh pasukan itu.

Dalam kenyataan itu, mereka memberi bayangan bahawa pemain yang menjuarai Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia musim ke-11 dan bermain di MSC itu akan menyertai pasukan yang menamatkan saingan di tempat keempat.

Bukan itu sahaja, Jungler Todak iaitu Rival mengucapkan selamat tinggal kepada Yums di Instagram Story.

Ini mengejutkan ramai orang termasuklah peminat Todak sendiri kerana ramai menganggap Yums akan kekal dalam skuad itu untuk menghadapi musim ke-12 MPL MY.

Jika Yums dimasukkan ke Team Lunatix, dia akan bersaing dengan NovaXCobar untuk posisi itu.

Team Lunatix membawa masuk banyak pemain baharu selepas mengharungi musim yang cemerlang untuk pasukan yang hampir tersingkir pada musim ke-10 MPL MY.

Antara pemain yang dimasukkan adalah Zippy, Kid dan Yunaaa serta membawa masuk DJ sebagai jurulatih pasukan itu.

Sudah semestinya dengan penambahan ini serta persiapan yang awal akan membuat Team Lunatix antara pasukan yang bahaya untuk musim hadapan

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+