“Ashi hanya ucapkan terima kasih sebab usaha bawa nama Todak di musim lepas,” – Ikuto

Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Ikuto Radzi menjelaskan status pengurus pasukan itu, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashu yang mendapat perhatian sejak dua hari lepas.

Kata Ikuto, Ashi hanya mengucapkan terima kasih kepada semua pemain Todak atas usaha mereka.

“Dia hanya mengucapkan terima kasih kepada pemain yang berusaha membawa nama Todak untuk musim yang lepas. Apa yang berlaku seterusnya biarlah diutuskan dari kenyataan rasmi daripada kami,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Dalam satu hantaran, Ashi mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain Todak iaitu Rival, Ciku, Moon, 4Meyz, Momo dan Yums.

Ia kemudiannya menimbulkan lebih banyak tanda tanya apabila pemain disebut mula hadir di ruangan komen.

Apa pun yang akan berlaku, kita hanya perlu tunggu kenyataan rasmi dari pihak Todak sendiri dari membuat sebarang spekulasi.

Di kejohanan dunia MLBB M4 yang lalu, Todak berpuas hati di kedudukan kesembilan-keduabelas.

RELATED NEWS

+