[RASMI] Amoux keluar Todak

Jurulatih pasukan Todak MLBB, Ariff Iswandi atau Amoux rasmi keluar dari pasukan itu, hari ini.

Ia diumumkan dalam satu hantaran di media sosial milik Todak.

Amoux mengatakan dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan awal Todak di kejohanan dunia MLBB, M4 dan seterusnya meletakkan jawatan.

Todak juga mengucapkan selamat maju jaya kepada jurulatih dari Kota Singa itu.

Sebelum ini Amoux pernah bersama Todak, membantu pasukan itu raih tempat ketiga di kejohanan sulung siri M (M1) dan melebarkan sayap ke Indonesia bersama Bigetron Alpha.

RELATED NEWS

+