MSC 2022: Perjalanan Todak kini berakhir

Pertemuan pasukan Todak menentang Falcon Esports bukan suatu perkara yang mudah. 

Pasukan dari Myanmar itu sudah memberikan cabaran yang tinggi kepada pasukan Todak semenjak peringkat kumpulan.

Harapan Todak untuk bangkit di perlawanan keempat tidak dapat direalisasikan apabila Ciku dan 4Meyz sering dihentikan oleh Justin yang memakai Kagura.

Kekuatan pasukan Myanmar itu semakin bertambah apabila Silent yang menggunakan Karrie mula mendapatkan item yang diperlukan.

Pertarungan pada minit ke-12 di kawasan Lord memihak kepada pasukan Falcon apabila empat ahli pasukan Todak ditumbangkan.

Kelebihan dari segi ekonomi yang dipegang oleh pasukan Falcon memberikan lagi tekanan kepada pasukan Todak dan pasukan Falcon muncul sebagai pemenang pada minit ke-15.

 

RELATED NEWS

+