MSC 2022: Todak mara ke peringkat seterusnya

Pasukan Todak meneruskan perjuangan mereka di peringkat playoff menentang pasukan Smart Omega. Pasukan Omega sememangnya salah satu pasukan yang sangat kuat.

Perlawanan pertama menyaksikan pasukan Todak masih mengekalkan strategi mereka untuk memberikan Momo menjadi jungler manakala Ciku akan bermain sebagai marksman.

Todak mengawal permainan pada minit awal apabila mereka berjaya menghentikan Raizen dari mencuri buff Momo. Penggunaan retribution yang tepat oleh Momo juga membantu pasukan Todak mendapatkan objektif.

Pertarungan di kawasan Lord cukup lama untuk kedua-dua pasukan. Namun begitu, selepas menjatuhkan Moon, Ciku dan Momo, pasukan Omega berjaya mendapatkan Lord pertama mereka.

Akan tetapi, mudah sahaja Lord dihapuskan oleh pasukan Todak. Lord sekali lagi berjaya diambil oleh pasukan Omega pada minit ke-17 menyebabkan pasukan Todak bermain di posisi pertahanan.

Mereka masih mampu mempertahankan base mereka.Kemenangan besar oleh pasukan Todak pada minit ke-21 memberikan mereka kelebihan untuk mengambil Lord selepas menjatuhkan Raizen. 

Todak melakukan push bersama Lord dan mereka terus menamatkan permainan.

Di perlawanan ketiga, pasukan Todak menggunakan Popol dan juga Masha untuk memberikan tekanan kepada pasukan Omega.

Di fasa awal permainan, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan pasukan Todak lebih hebat di dalam rotasi dan strategi mereka.

Todak fokuskan kepada objektif pada fasa pertengahan permainan. Mereka menggunakan kelebihan Popol yang digunakan oleh Ciku untuk menghancurkan turret pasukan Omega.

Omega terus diasak dan mereka seolah-olah kehilangan fokus untuk menghentikan kawalan peta yang dilakukan pasukan Todak.

Perlawanan di Lord yang pertama memberikan kelebihan pada pasukan Todak. Mereka mengawal pasukan Omega dari cuba untuk menghalang Todak dari mendapatkan Lord.

Iron Hook yang sangat baik diguna pakai oleh Yums berjaya menumbangkan E2Max, pasukan Todak mengambil peluang itu untuk melakukan push dan menamatkan perlawanan.

MSC 2022 akan berlangsung hingga Ahad, mengumpulkan 12 pasukan terbaik MLBB di Asia Tenggara.

Sebanyak AS$300,000 (RM1.32 juta) menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Siaran langsung boleh disaksikan di Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

 

 

 

RELATED NEWS

+