Mushi tanya netizen untuk namakan anaknya, komen netizen sangat lucu

Baru-baru ini Mushi dikurniakan seorang anak.

Menerusi satu hantaran di Facebook semalam, Mushi kini bertanyakan netizen dan peminat untuk menamakan anaknya.

Komen-komen netizen boleh buat pecah perut.

Sudah semestinya pelbagai nama diberikan cadangan oleh peminat Mushi.

“Outworld Devourer adalah nama paling sesuai,”

“Namakan anak awak “Meshehwkahdjeishdt reaver,”

Ada juga yang memberi cadangan untuk memberi nama anaknya Dendi kerana Mushi menang dengan Dendi ketika TI3 semasa 1v1.

Paling sadis ada yang memberi cadangan dengan nama Kyxy.

Kyxy terkenal dengan antara kesilapan paling besar dalam sejarah pertandingan Dota 2.

TAGS

RELATED NEWS

+