CD Projekt Red baru-baru ini mengumumkan penangguhan naik taraf generasi baru bagi permainan mereka iaitu Cyberpunk 2077 yang akan dilancarkan pada suku pertama 2022 dan The Witcher 3: Wild Hunt pada suku kedua 2022.
CD Projekt mengumumkan penangguhan ini melalui kemaskini untuk pelabur di mana mereka menyatakan penangguhan ini adalah untuk memberikan lebih masa untuk kedua-dua projek ini.
IMPORTANT PRODUCTION UPDATE pic.twitter.com/KOnaIVOt4v
— CD PROJEKT RED (@CDPROJEKTRED) October 20, 2021
Kedua-dua permainan ini sepatutnya menerima naik taraf generasi baru pada separuh kedua tahun ini. The Witcher 3 akan menawarkan naik taraf bersama kandungan ekstra percuma berdasarkan siri Netflix.
Kedua-dua naik taraf ini juga akan tiba secara percuma untuk pemilik permainan ini.
Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.