Mereka ini adalah pelakon-pelakon terkenal dalam industri televisyen dan filem.
Tahukah anda mereka juga pernah menyumbangkan suara mereka atau lakonan untuk beberapa permainan video popular.
Malah ada yang anda sendiri tidak sedar itu suara mereka.
1. Keanu Reeves (Cyberpunk 2077)
Keanu Reeves menjadi seorang pemain musik rock dan juga bekas askar bernama Johnny Silverhand di mana personaliti dan memori Johnny wujud sebagai hologram.
V sebagai watak protagonis boleh memilih untuk membiarkan Johnny mengawal badan V.
2. Rami Malek (Until Dawn)
Rami Malek menjadi Josh dalam permainan video seram Until Dawn.
Josh mengajak 8 rakannya untuk bercuti di Gunung Blackwood tetapi di tempat itu Josh pernah kehilangan adik perempuannya.
Josh bersama rakan-rakan mereka kini terperangkap di Gunung Blackwood sehingga subuh.
3. Norman Reedus (Death Stranding)
Death Stranding adalah permainan video pasca kiamat di Amerika Syarikat apabila raksasa menyerang dan boleh membawa kepupusan untuk manusia.
Norman Reedus menjadi Sam, seorang penghantar barang yang ditugaskan untuk menyambungkan kembali komuniti yang banyak terpisah.
Sam juga perlu menjaga satu janin yang tidak dilahirkan lagi bernama Lou.
4. Liam Neeson (Fallout 3)
Bukan sebagai Jedi sahaja, Liam Neeson juga pernah menyumbangkan suara untuk Fallout 3, satu permainan pasca kiamat pada tahun 2277.
Liam Neeson bermain sebagai James yang menjadi saintis yang tinggal selama 19 tahun bersama anaknya di bawah tanah.
James akhirnya keluar untuk mencari teknologi yang boleh membina balik peradaban manusia.
5. Samuel L. Jackson (Grand Theft Auto: San Andreas)
Samuel L. Jackson menjadi Officer Tenpenny, seorang polis yang banyak menerima rasuah.
Polis itu adalah salah seorang ahli C.R.A.S.H. satu unit polis LAPD yang dibuat khas untuk menyelesaikan masalah gangster di Los Angeles.
6. Elijah Wood (Trilogi The Legend of Spyro)
Dari Midgard Lord of The Rings ke Spyro.
Elijah Wood menjadi watak utama dalam Trilogi The Legend of Spyro.
Pasti ramai tidak sedar suara Spyro sebenarnya dari Elijah Wood.
7. Mark Hamill (Batman: Arkham Asylum)
Luke Skywalker sendiri telah menjadi antara pelakon suara paling hebat dalam industri permainan video dan animasi.
Pertunjukan suara oleh Mark Hamill sebagai Joker dalam Arkham Asylum sangat membuatnya dikenali ramai.
Malah ramai tidak sedar Mark Hamill sendiri yang menjadi watak Joker.
Tambahan Terhormat
8. Soloz (Mobile Legends: Bang-Bang)
Fariz ‘Soloz’ Zakaria juga akan menjadi yang pertama di Malaysia untuk voiceover emote Badang dalam permainan video Mobile Legend: Bang Bang.
Soloz menjadi suara untuk emote ini bagi menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun ini.
Ramai sebenarnya selebriti-selebriti terkenal dalam permainan video ini.
Namun ada masanya kita tidak sedar kerana suara mereka yang sangat berbeza.