Navi tukar ‘cover photo’ jadi hitam selepas perang Rusia-Ukraine meletus

Sebagai tanda solidariti terhadap negara mereka, Navi, sebuah organisasi e-sukan terkenal dari Ukraine mengeluarkan kenyataan terhadap tragedi perang Rusia-Ukraine yang sedang meletus sekarang.

Kata mereka, Navi tidak boleh berpeluk tubuh seolah tiada apa yang berlaku. Mereka sebaliknya kesal dengan tragedi ini.

Namun, mereka masih optimis untuk terus tenang dan menjaga diri serta orang lain yang perlukan pertolongan.

Mereka juga menyeru warga Ukraine yang lain untuk menghadapi kemelut ini bersama-sama.

Navi dikenali dengan skuad Dota 2 mereka yang diketuai oleh Dendi dari 2010 hingga 2018. Selama lapan tahun, Dendi menempah nama sebagai antara pemain e-sukan paling popular generasi kita.

Kami dari MyGameOn mengharapkan konflik ini tidak berpanjangan dan mengorbankan lebih banyak nyawa.

Bagi anda yang mempunyai saudara di Ukraine, bertabahlah dan teruskan memantau perkembangan mereka..

RELATED NEWS

+