Nelson, Jurulatih G2 pindah ke Excel

Menjelang musim 2022, bekas jurulatih pasukan League of Legends G2 Esports kini berpindah ke Excel Esports.

Sng “Nelson” Yi-Wei, sebelum ini bertindak sebagai jurulatih strategik bagi organisasi e-sukan berpangkalan di Eropah itu, menandatangani kontrak dua tahun bersama Excel Esports sebagai pembantu jurulatih. 

Selain Nelson, Excel juga membawa masuk Finn “Finn” Wiestal bagi memperkukuhkan posisi top-lane.

Sebelum ini, Nelson adalah sebahagian daripada mereka yang digugurkan daripada pasukan, berikutan prestasi yang kurang memberansangkan oleh pasukan sepanjang musim 2021.

G2 sebelum ini gagal untuk menempah tiket ke World Championship selepas tewas kepada Fnatic, selain memperoleh tempat keempat bagi LEC.

Manakala Excel, berada di tempat ke tujuh bagi LEC. 

Sumber: Upcomer

RELATED NEWS

+