Netflix mendedahkan watak utama bagi siri Anime The Witcher: Nightmare of the Wolf

Netflix sudah mendedahkan watak utama dan pelakon suara untuk siri anime The Witcher: Nightmare of the Wolf, menceritakan kisah kehidupan mentor Geralt, Vesemir.

Vesemir, dialih suara oleh Theo James, bintang bagi siri The Divergent. Karakter beliau digambarkan sebagai seorang ahli sihir muda yang sombong dan menjadi pembunuh raksasa bagi melepaskan diri dari kemiskinan yang melanda hidupnya.

Dalam Nightmare of the Wolf, Vesemir akan pergi mengembara untuk menyingkirkan kerajaan yang penuh dengan politik dari raksasa baru yang aneh. Pengembaraan ini juga akan menyaksikan beliau berdepan dengan demon yang membelenggunya di masa lalu.

The Witcher: Nightmare of the Wolf akan ditayangkan mulai 23 Ogos di Netflix. Siri ini akan menjadi sebuah prekuel untuk rancangan TV The Witcher sebelum ini. Siri ini dihasilkan oleh Lauren Schmidt Hissrich bersama Beau DeMayo manakala pengarah anime ini adalah Kwang II Han dari Studio Mir.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+