Kerajaan Pahang akan hubungi pencipta Jujutsu Kaisen untuk mempromosi pelancongan di Kuantan

Selepas tular mengenai Kento Nanami dari Jujutsu Kaisen ingin melawat pantai Kuantan di Malaysia sebelum mati, ia nampaknya berjaya menarik perhatian Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berminat untuk menghubungi pencipta JJK.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man, berkata kerajaan negeri akan mengambil peluang ini untuk mempromosi Kuantan dan pantainya.

“Beberapa peminat anime juga meletakkan Kuantan sebagai tugu peringatan untuk karakter Kento Nanami di peta Google,” katanya.

Namun ia perlu mendapat kelulusan daripada pencipta JJK itu.

“Oleh itu, kita harap dapat keputusan daripada penciptanya supaya pantai itu menjadi tarikan terbaru kepada peminat anime seluruh dunia,” katanya.

Pahang mempunyai beberapa pantai popular seperti pantai Teluk Cempedak, Batu Hitam, Cherating, Sepat dan Pantai Kempadang.

Semoga inisiatif ini berjaya dan dapat menjadikan Kuantan, Pahang sebagai destinasi pelancongan lebih popular dalam kalangan pelancong luar!

Sumber: Harian Metro

RELATED NEWS

+