Nigma Galaxy juara baharu Liga Pro Thailand Free Fire, tempah slot Grand Final FFWS Bangkok

Pasukan Free Fire Thailand, Nigma Galaxy dinobatkan sebagai juara baharu Liga Pro Thailand musim ketujuh selepas tamat peringkat Grand Final pada 16 Oktober yang lalu.

Pasukan itu dikenali sebagai Bluewave Chonburi sebelum dimiliki oleh organisasi antarabangsa, Nigma Galaxy pada bulan Julai lepas.

Nigma Galaxy bermula agak perlahan di liga apabila sekadar berpuas hati di kedudukan keempat dengan 574 mata keseluruhan.

Walaubagaimanapun, pasukan itu mula menunjukkan taring pada Grand Final selepas mengumpul tujuh Booyah dan 236 mata keseluruhan, meninggalkan juara musim lepas Evos Phoenix 88 mata di hadapan. 

Pada musim lalu, pasukan itu sekadar menduduki posisi ketujuh peringkat liga tetapi berjaya layak ke Grand Final melalui Play-Ins di mana Bluewave Chonburi merebut slot teratas iaitu juara Play-Ins.

Malangnya, pada Grand Final pasukan itu berkedudukan kelapan keseluruhan.

Musim ini, pasukan yang dijenamakan semula kepada Nigma Galaxy bakal menjadi perwakilan dari negara ‘sang juara’, Thailand ke Siri Dunia Free Fire Bangkok pada November ini.

Berikut adalah pemain pasukan Nigma Galaxy yang akan berentap di FFWS 2022 November:

  • Rattapong Rompochai (Dew)
  • Thinnabat Chalongkul (Stop)
  • Sittinon Kongkamnerd (Daren)
  • Sitthichai Khunachon (Caramel)
  • Theepaphorn Sarapap (Kapom)
  • Titipong Chaitip (FiwGod)
  • Jurulatih- Kasama Wongsoongnoen (Xpension)

Siri Dunia Free Fire Bangkok bakal membuka tirai dari 25 November hingga 26 November. Sebanyak 17 pasukan yang dijangka bakal tiba pada edisi kali ini bagi merebut kejuaraan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM 9,274,996 (AS$ 2,000,000).

RELATED NEWS

+