Free Fire: Liga Brazil bakal dihadkan penyertaan kepada pasukan pilihan

Salah sebuah liga terbesar dalam kancah e-sukan Free Fire, Liga Brasileira de Free Fire (LBFF) atau liga Brazil mengeluarkan kenyataan mengejut apabila tidak akan membuat penyertaan pasukan selain pasukan pilihan di bawah kelolaan pihak pembangun Garena Free Fire.

Hal itu diumumkan dalam satu kenyataan melalui platform media sosial rasmi kejohanan Free Fire Esports BR.

“Era baharu bakal tiba, mulai 2023 (LBFF) akan diadakan sebagai liga tertutup yang hanya menyertakan pasukan pilihan oleh Garena,”.

Kenyataan ini sudah memberi perspektif buruk daripada penggiat e-sukan kerana seolah-olah mengetepikan impian pemain baharu yang berjuang di liga divisi dua dan tiga.

Walau bagaimanapun, terdapat pandangan berbeza terhadap perubahan itu antaranya Garena Free Fire cuba menaikkan tahap kompetitif dan menaikkan jumlah tontonan kejohanan.

Liga Brazil mencatatkan sejarah baharu tahun lalu apabila berjaya mencatatkan jumlah tonton sebanyak 1.07 juta di semua platform sepanjang kejohanan itu berlangsung.

RELATED NEWS

+