Nintendo Switch OLED hadir dengan edisi Pokemon Scarlet & Violet

Satu berita baik buat peminat Pokemon kerana Nintendo Switch model OLED akan hadir berwajah baharu dengan edisi Pokemon Scarlet & Violet, tersedia pada 4 November ini.

Di bahagian depan dok Switch adalah ukiran Pokemon Lagenda, Koraidon dan Miraidon dan rekaan berinspirasikan Poke Ball di belakang.

Di belakang konsol itu pula, terdepat ukiran doodle tiga Pokemon asas yang boleh dipilih, Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly.

Bagi joy-con, rekaan diberikan adalah gandingan dua warna iaitu Merah dan Ungu melambangkan kedua-dua permainan itu iaitu emblem Akademi Naranja dan Akademi Uva.

Model OLED ini mempunyai spesifikasi sama seperti model asas iaitu skrin OLED selebar 7 inci, stand yang boleh diubahsuai ketinggian dan dok dengan port LAN berwayar serta storan 64GB.

Model ini juga mempunyai bezel yang nipis jadi skrin lebih besar untuk memuatkan paparan hampir sepenuhnya.

Ia dijangka dijual dengan harga sekitar RM1,500 – RM1,650. Pokemon Scarlet dan Violet akan dilancarkan pada 18 November ini.

RELATED NEWS

+