menyaman pencipta emulator Nintendo Switch terbesar iaitu Yuzu."> menyaman pencipta emulator Nintendo Switch terbesar iaitu Yuzu." /> menyaman pencipta emulator Nintendo Switch terbesar iaitu Yuzu." />

Nintendo saman emulator Nintendo Switch terbesar, Yuzu

Nintendo kini dalam proses menyaman pencipta emulator Nintendo Switch terbesar iaitu Yuzu.

Syarikat yang bakal disaman ialah Tropic Haze iaitu syarikat yang membangunkan Yuzu.

Ia adalah emulator percuma yang dibangunkan pada tahun 2018 beberapa bulan selepas Nintendo Switch dikeluarkan.

Tropic Haze adalah syarikat yang juga membina Citra emulator Nintendo 3DS.

Yuzu sebagai emulator Nintendo Switch memberikan anda cara untuk bermain permainan video Nintendo Switch di pelantar Windows PC, Linux dan peranti Android.

Nintendo mengatakan Yuzu menggunakan kod untuk ‘memintas’ langkah keselamatan Nintendo termasuk menyahsulitkan Nintendo Switch.

“Dalam erti kata, tanpa penyahsulit dari Yuzu, penggunakan permainan video cetak rompak Nintendo tidak boleh dimainkan di PC atau peranti Android,” tulis Nintendo dalam saman itu.

Nintendo juga mengalami kerugian semasa pelancaran The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom.

Tears of the Kingdom dibocorkan dua minggu lebih awal dari tarikh pengeluarannya.

Versi cetak rompak permainan itu disebarkan dengan begitu meluas sekali dan Nintendo mengatakan lebih 1 juta ToTK versi cetak rompak sudah dimuat turun dengan 20% pautan membawa kepada Yuzu.

Nintendo juga mengatakan Yuzu sudah mengaut keuntungan lebih AS$30 ribu (RM143 ribu) sebulan di Patreon mereka dengan sokongan lebih 7,000 orang.

Nintendo kini memohon mahkamah untuk menutup emulator itu dan membayar pampasan.

Hal ini tidak asing lagi untuk Nintendo kerana mereka sangat terkenal sebagai syarikat yang sangat-sangat menjaga harta intelektual mereka.

RELATED NEWS

+