Niszenav, jurulatih wanita pertama dalam arena kompetitif Mobile Legends!

Kebanyakan jurulatih Mobile Legends adalah lelaki, tetapi rupa-rupanya ada jurulatih wanita pertama di dalam arena kompetitif MLBB. Beliau akan menjadi jurulatih untuk pasukan I Do Not Sleep (IDNS) di kejohanan MSC 2022 nanti.

Niszenav adalah jurulatih pasukan Thailand, IDNS. Beliau adalah seseorang yang sudah mahir dengan selok-belok di dalam e-sukan terutamanya permainan Mobile Legends.

Selain daripada menjadi jurulatih, beliau juga adalah Pengurus Besar untuk pasukan Impunity Imperial Indonesia, yang sudah ditubuhkan sejak permulaan kerjayanya di dalam industri e-sukan.

Sebelum menjadi sebahagian daripada Imperial, Nis mengatakan di RevivaLTV bagaimana pada mulanya dia hanya bermain Mobile Legends dengan skuad pertamanya.

Sejak dari awal, dia mengakui bahawa dia sangat suka menguruskan rakan sepasukannya dan menjadi jurulatih pada saat ini bukanlah satu masalah besar buatnya.

Perjalanannya menjadi jurulatih untuk IDNS adalah kerana ingin membantu pasukan itu dan beliau dilihat sangat sesuai dalam memberikan analisis dan juga merangka strategi.

Ini disebabkan pasukannya ketika itu sangat kerap melakukan scrim dengan IDNS dan juga RSG PH. Panda, selaku jurulatih RSG PH, turut memuji cara Nis melatih pasukan itu.

“Jadi pasukan saya selalu melakukan scrim dengan IDNS dan RSG PH, Panda adalah kawan saya. Kebetulan bila scrim, prestasi IDNS kurang memberangsangkan apabila berlawan dengan pasukan saya.

“Akhirnya saya memutuskan untuk membantu IDNS. Pada mulanya, saya memberi nasihat dan contoh kepada pemain-pemain IDNS dan mereka berminat dengan cara saya mengajar dan merangka strategi,” kata Niszenav.

Pemain-pemain dari IDNS juga mengakui sangat menyukai gaya latihan Niszenav, apabila memberikan latihan melalui Discord.

Sekarang ini, sudah terbukti bahawa bukan lelaki sahaja yang mampu untuk menjadi jurulatih tetapi wanita juga boleh.

Apa pendapat anda?

Sumber: RevivalTV

Foto: Instagram Niszenav

RELATED NEWS

+