NothingToSay dan Oli selesai bertolak ke Bucharest, Romania

The International 10 adalah kejohanan dunia Dota 2 yang berprestij dan menjadi benchmark bagi pertandingan e-sukan di seluruh dunia. Hadiah wang lumayan terkumpul sebanyak AS$40 juta (RM166 juta) menjadi rebutan para pasukan dari seluruh pelusuk dunia.

Baru-baru ini tular isu pemain tanah air Cheng “NothingToSay” Jin Xiang dan Chan “Oli” Chon Kien yang mana permohonan bertolak ke luar negara masih dalam proses.

Ini menimbulkan kegusaran jika mereka dapat menyertai pasukan masing-masing iaitu PSG.LGD dan Invictus Gaming (IG) untuk bermain di The International 10 yang akan diadakan di Bucharest, Romania.

Namun begitu, isu itu akhirnya dapat diselesaikan dengan bantuan dari SUSK, SUS dan Dato’ Sri Ti Lian Ker, timbalan menteri Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Esports Malaysia (MESF). Oli dan NothingToSay sudah bertolak ke Bucharest, Romania dan dijangkakan akan tiba pada jam 6 petang ini.

Ini adalah satu berita yang baik dan kita akan dapat melihat kedua-dua pemain ini bersama dua lagi pemain sudah berada di snaa, Chyuan dan JT- mengibarkan Jalur Gemilang di peringkat antarabangsa. 

TI 10 menyaksikan 18 pasukan akan bertanding di peringkat kumpulan pada 7-10 oktober dan main event pada 12-17 oktober nanti. Tahniah diucapkan kepada wakil Malaysia kerana berjaya membawa nama Malaysia ke pentas dunia!

Foto: MESF

RELATED NEWS

+