Pokde.net."> Pokde.net." /> Pokde.net." />

Nvidia GeForce RTX 3060 Ti akan tiba di pasaran Malaysia – bermula pada harga RM1,880

Nvidia secara senyap telah mendedahkan satu lagi kad grafik baharu dalam siri Nvidia GeForce RTX 3000. Ulasan mengenai kad grafik RTX 3060 Ti kini telah diterbitkan oleh laman-laman media permainan video termasuk laman web tempatan Pokde.net.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Nvidia, RTX 3060 Ti akan tiba di pasaran Malaysia pada hari ini dan ia akan dijual bermula pada harga RM1,880. Walaubagaimanapun, harga permulaan RM1,800 masih ditulis di laman web rasmi Nvidia.

Jelas sekali ini adalah kad grafik paling murah dalam siri RTX 3000 tetapi ini tidak bermakna ia tidak berkuasa. Kebanyakan ulasan menunjukkan ia lebih berkuasa berbanding dengan RTX 2080 Super, sebuah kad yang berharga dua kali ganda.

Pada waktu ini, penulis masih belum menemui mana-mana kedai komputer tempatan yang mengumumkan stok dan jualan RTX 3060 Ti. Penulis yakin maklumat ini akan dikongsikan dalam masa terdekat. Oleh itu, pastikan anda menghubungi kedai-kedai komputer pilihan anda jika anda mahu mendapatkan kad grafik ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+