Nyan Yan dibawa masuk di dalam Homebois sebagai pencipta kandungan

Homebois adalah salah satu pasukan yang tidak asing lagi di dalam permainan peranti mudah alih popular, Mobile Legends dan PUBG Mobile. 

Terkini, mereka mengumumkan kemasukan Nyan Yan selaku hos dan pencipta kandungan bagi pasukan itu.

Nyan Yan atau nama sebenarnya Eyan Raihan kerap melakukan penstriman MLBB, PUBG Mobile dan juga Wild Rift. Gadis jelita yang selesa berhadapan dengan kamera ini mempunyai 30 ribu pengikut setakat ini.

Kemasukan Nyan Yan di dalam Homebois pasti akan memantapkan lagi nama Homebois di kalangan peminat baru dan lama. Selain itu, peluang ini juga akan meraih lagi peminat baru untuk Nyan Yan di pelantar Facebook Gaming.

Foto: Nyan Yan

RELATED NEWS

+