OhMyV33nus menjelaskan bagaimana pemain import Filipina membantu pasukan Indonesia

Pemain dari Filipina iaitu OhMyV33nus menjelaskan tentang bagaimana pemain import dari Filipina mampu membantu pasukan Indonesia menjadi lebih baik ketika ditemu bual oleh ONE Esports baru-baru ini.

Menurutnya, pasukan Indonesia menjadi bertambah hebat selepas membawa masuk pemain import dari Filipina.

“Pasukan Indonesia menjadi bertambah baik selepas mereka membawa masuk pemain import dari Filipina. Saya rasa mereka menggunakan pemain import itu untuk menambahbaik kemahiran makro mereka.

“Perkara ini dapat dilihat pada pasukan ONIC Esports dan Geek Fam,” ujarnya kepada ONE Esports Filipina.

OhMyV33nus juga memuji corak permainan Baloyskie dan Kairi yang bertambah baik.

“Bagi saya, corak permainan Baloyskie ada sinergi yang sangat baik bersama pasukan Geek Fam. Kami pernah berada dalam pasukan yang sama, jadi memang saya dapat lihat prestasinya meningkat di Indonesia.

“Untuk Kairi pula, tahniah di atas kemenangan ke atas MPL ID dan juga MPLI. Dia sudah meningkatkan corak permainannya menjadi lebih baik dari sebelum ini,” akhirinya.

Terdahulu, pasukan Blacklist International mengalami upset di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) 2022 di mana mereka tewas di tangan pasukan Geek Fam dengan skor 0-2.

Kekalahan itu menjadi kejutan kepada para peminat yang menyangkakan juara dunia itu bakal beraksi di pentas akhir.

Sumber dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+