bertanggungjawab, kini ONIC PH mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara itu."> bertanggungjawab, kini ONIC PH mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara itu." /> bertanggungjawab, kini ONIC PH mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara itu." />

ONIC PH keluarkan kenyataan rasmi tentang isu Instagram mereka “hilang”

Susulan dari kehilangan Instagram rasmi ONIC PH akibat dilaporkan oleh sesetengah provokator dan pihak yang tidak bertanggungjawab, kini ONIC PH mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara itu.

Mereka sudah memulakan langkah untuk menghubungi pihak Instagram sendiri untuk menyelesaikan isu ini. Perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana akaun Instagram itu penting untuk melaporkan perkembangan terbaru pasukan itu.

 

“Kami dari pihak ONIC PH tidak akan sesekali menerima serangan siber sebegini yang disasarkan kepada akaun sosial media kami. Kami memohon komuniti Mobile Legends: Bang Bang untuk menyokong ONIC PH di dalam waktu yang sukar ini.

“Marilah kita bersama-sama menghormati antara satu sama lain sebagai peminat permainan peranti mudah alih yang kita suka tonton dan main bersama,” tulis kenyataan itu.

Apa jua akaun Instagram bernama ONIC Philippines adalah palsu.

Akaun rasmi mereka hanyalah @onicphilippines. Diharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin, semoga provokator dan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dibawa ke muka pengadilan agar kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.

RELATED NEWS

+