Oppo Find X3 Pro akhirnya rasmi – Snapdragon 888, dua kamera 50MP

Peranti pintar OPPO Find X3 Pro akhirnya dilancarkan. Dilengkapkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 888, paparan QHD+ dengan kadar segar semula 120HZ, ia antara peranti pintar flagship yang sememangnya canggih.

OPPO juga menyertakan kapasiti bateri sebesar 4,5000 mAh yang boleh dicaj dengan hanya 30 minit untuk penuh.

Bagi rekaan belakang, Find X3 Pro mempunyai glass yang dibentuk dengan cantik hingga melengkung.

Ia juga mempunyai tetapan quad-camera yang 50 MP dan ultra wide 50 MP masing-masing dengan lensa f/1.8 dan f/2.2. Ia menawarkan OIS, EIS dan fokus pada setiap sudut pencahayaan.

Selain itu, kamera 13 MP telefoto juga boleh dijumpai di belakang dengan keupayaan 5x zum hibrid. Melengkapkan set ini ialah kamera macro 3MP. Bagi yang sukakan swafoto, kamera 32 MP dibekalkan di depan.

Yang menariknya kamera 3MP itu membolehkan anda zoom dengan kadar 60X dan anda boleh menemui objek kecil ataupun cebisan di lantai atau karpet.

Storan 128GB dan 256GB adalah pilihan manakala tiada slot mikro SD ditemukan. Peranti ini juga menawarkan audio Dolby Atmos dan hadir dengan Android 11 serta ColorOS 11.2.

Dijangkakan harga pasaran bagi Oppo Find X3 Pro adalah RM5648 dan tarikh pelancarannya di Malaysia akan diumumkan tak lama lagi.

RELATED NEWS

+