Orange Esports bagi kejutan kepada RSG MY

Adakah juara musim ketujuh bakal mengekalkan momentum mereka pada hari ketiga? Orange Esports semakin lama semakin matang dalam merancang corak permainan mereka.

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan Orange Esports bermain dengan sangat agresif, mereka menggunakan kelebihan burst damage yang dimiliki Roger. Pada minit ke-5, pasukan Orange Esports sudah mendahului pasukan RSG dari segi pengawalan peta serta skor kill. RSG berjaya mendapatkan rentak kembali selepas pasukan Orange Esports melakukan kesilapan pada minit ke-9.

Orange Esports sekali lagi mendapatkan kelebihan selepas mereka berjaya memenangi beberapa perlawanan di antara kedua pasukan itu. Luminous Lord terbuka kepada mereka pada minit ke-16, Zacus berjaya mencuri Lord pasukan Orange Esports akan tetapi mereka kehilangan 3 orang ahli. 

Orange Esports kemudiannya menamatkan permainan pada minit ke-20 selepas berjaya wiped out pasukan RSG. Damage yang sangat tinggi dikeluarkan oleh LinkEzaa mampu memenangi mereka perlawanan terakhir itu.

PERLAWANAN KEDUA

Situasi yang sama berulang lagi di perlawanan kedua, Orange Esports bermain dengan sangat agresif. Mereka melakukan rotasi demi rotasi untuk memberikan tekanan kepada pasukan RSG. Namun begitu, pasukan RSG tidak mudah menyerah kalah, mereka melakukan split pushing dan mendapatkan objektif.

Orange Esports lebih berdisiplin di fasa late game, mereka bersabar dan menunggu pasukan RSG melakukan kesilapan. Pasukan RSG cuba melakukan pushing terakhir bersama Luminous Lord pada minit ke-22 akan tetapi tidak berjaya dan kehilangan 4 orang ahli pasukan. Lolealz yang menjadi satu-satunya harapan pasukan RSG gagal mempertahankan base mereka. 

RELATED NEWS

+