Orange Esports tempat kedua ranking dunia MLBB menurut Gosu Gamers

Menurut ranking dunia oleh Gosu Gamers, Orange Esports MLBB menduduki tempat kedua di belakang RSG Filipina.

Orange Esports turut mendahului skuad Indonesia, RRQ Hoshi yang turun anak tangga kerana prestasi kurang memberangsangkan di MPL ID S10.

Difahamkan, sistem ranking ini mengambil kira kemenangan di liga profesional negara masing-masing dan Orange Esports setakat minggu keenam belum tewas mana-mana perlawanan. Mereka terus maju dengan kemenangan 9-0.

Sementara itu, skuad Todak pula di tempat kesembilan. Mampukah Orange Esports mengekalkan winstreak mereka minggu ini atau akan ada pasukan yang mengalahkan mereka? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: GosuGamers

RELATED NEWS

+