Overwatch: Hero Ashe Boleh Dimainkan Sekarang Di PC, PS4 & Xbox One

Ashe adalah hero terbaru dalam Overwatch yang diumumkan pada BlizzCon 2018 baru-baru ini. Karakter wanita berusia 39 tahun diletakkan ke dalam barisan hero ‘damage’ yang bertemakan ala-ala koboi seperti hero McCree.

Ashe mempunyai sepucuk senapang semi-auto, The Viper menembak musuh dari jarak jauh serta membakar musuh dengan membaling Dynamite dan boleh melarikan diri menggunakan ‘Coach Gun’ yang menolak Ashe ke belakang.

Yang menarik, ‘ultimate ability’ iaitu kuasa terhebat Ashe adalah memanggil B.O.B, sebuah robot yang dianggap seperti hero lain dan boleh menyerbu musuh serta menyerang musuh dengan senjata mesingan.

Blizzard akhirnya meletakkan Ashe secara rasminya untuk ketiga-tiga platform permainan. Selain itu, beberapa hero Overwatch lain turut diberi penambahbaikan seperti Mercy, Reaper, Symmetra dan Roadhog dalam patch terbaru 1.30 yang mana korang boleh baca lebih lanjut apa yang sudah dikemaskini di sini.

Patch 1.30 ini antara update paling terbesar dalam sejarah Overwatch iaitu sebesar 20 GB untuk PC, PS4 & Xbox One. Jadi, pastikan korang mempunyai ruang storan yang mencukupi untuk muat turun gergasi ini. Jangan lepaskan peluang korang untuk mencuba Ashe dalam Overwatch hari ini!

RELATED NEWS

+