Diablo Immortal akan dilancarkan di iOS, Android pada 2 Jun ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Diablo sememangnya sinonim dengan platform PC namun ia juga mempunyai versi di konsol malah yang terbaharu, di peranti pintar.

Diablo Immortal akan dilancarkan pada 2 Jun ini di platform iOS dan Android.

Ia juga menyokong fungsi rentas permainan dan rentas simpanan. Fungsi ini membolehkan anda bermain dan load character anda di platform berbeza malah di PC sekali pun.

Walaupun ia di peranti pintar, ia bukanlah berbayar dan mungkin akan memasukkan elemen pembelian dalam permainan (IAP).

Sebanyak enam kelas akan dilancarkan kelak pada hari pelancaran iaitu Barbarian, Demon Hunter, Monk, Necromancer, Wizard dan Crusader.

Immortal mengisahkan kisah yang tidak diceritakan antara garis masa Diablo II dan Diablo III selepas ArchAngel Tyrael dipercayai mati dan pecahan WorldStone bertaburan di seluruh Sanctuary.

Musuh tradisi seperti Skeleton King dan Prime Evil, Baal juga akan membuat kemunculan di versi peranti pintar ini.

Sumber: Blizzard Entertainment

RELATED NEWS

+