Overwatch League 2019 Bakal Dibuka Pada Hari Valentine, Bermula Dengan Pertarungan Semula Finalis Overwatch League 2018

Blizzard baru sahaja mengumumkan Overwatch League 2019 akan dibuka dengan pertempuran antara dua pasukan yang pernah mara ke peringkat akhir Overwatch League 2018 iaitu London Spitfire dan Philadelphia Fusion sebagai perlawanan pertama kejohanan terbesar Overwatch musim baru ini.

Untuk musim baru, setiap pasukan dijadual untuk berlawan sebanyak 28 kali sahaja berbanding 40 kali tetapi akan menampilkan 4 perlawanan pada setiap tarikh ditetapkan iaitu lebih banyak kalau dibandingkan dengan tahun lepas. Jumlah hadiah terkumpul wang turut dinaikkan ke USD$5 juta (RM20.8 juta) berbanding USD$3.5 juta (RM14.6 juta) pada musim lepas.

Kejohanan Overwatch akan dibahagikan kepada 4 tahap untuk setiap 5 minggu dengan perlawanan penentuan (Stage Playoffs) bagi 3 peringkat utama. Pemenang perlawanan penentuan bakal dapat hadiah wang sebanyak USD$200,000 (RM835,960), tempat kedua mendapat USD$100,000 (RM417,980) manakala tempat ketiga dan keempat berkongsi hadiah wang USD$50,000 (RM208,800)

Di peringkat akhir, kita akan menyaksikan pertarungan sengit antara pasukan-pasukan terbaik dalam Overwatch bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang USD$1.1 juta. 

Buat julung kali, Overwatch League akan memperkenalkan Homestand Weekend yang mana Dallas Fuel, Atlanta Reign dan Los Angeles Valiant akan mengadakan perlawanan musim biasa di luar dari Blizzard Arena.   

Korang boleh semak jadual penuh mengikut waktu tempatan Malaysia melalui overwatchleague.com dan menonton keseluruhan liga 2019 di Twitch dan aplikasi Overwatch League. Untuk maklumat lanjut tentang perubahan baru dalam musim terbaru Overwatch League, layari laman rasmi mereka di sini.

 

RELATED NEWS

+