Pabz jawab kenapa gameplay HomeBois hari ini berlainan berbanding masa lawan Geek Fam

“Gemuruh, tertekan,” itu kata kata jurulatih HomeBois, Pabz ketika ditanya mengenai kekalahan mereka ke atas TheOhioBrothers hari ini seterusnya menyebabkan mereka tersingkir dari kejohanan dunia MLBB, M5 itu.

Pabz mengatakan prestasi mereka semasa Geek Fam sangat berbeza kerana faktor momentum hilang selepas itu.

“Kita ada break empat hari. Jadi saya rasa momentum hilang selepas itu.

“Tapi itu bukan alasan untuk kekalahan. Apa yang buatkan gameplay kami berbeza sebab pasukan lain dah berjaya catch up dan kami tak berbuat apa-apa untuk pihak lawan tak boleh baca strategi kami,” katanya dalam satu sidang media susulan.

Ketika ditanya kenapa tidak ban Joyy, Pabz berkata mereka bersedia main dengan strategi itu namun terkejut dengan pemilihan Hilda.

Katanya, walaupun banyak crowd control dari HomeBois dan tidak boleh menghalang ulti Joyy yang mampu kebal dari CC, namun mereka tidak berjaya mencari gameplay berlainan untuk counter hal itu.

Pabz juga mengatakan HomeBois masih tak punya pelan apa-apa selepas pulang ke Malaysia.

RELATED NEWS

+