Pameran pertama Naruto di Pavilion Bukit Jalil bermula 7 Oktober ini!

Peminat Naruto di Malaysia boleh bersorak gembira kerana pameran pertama Naruto sempena ulangtahun animasi TV yang ke-20 itu akan bermula pada 7 Oktober hingga 31 Disember ini di Pavilion Bukit Jalil. Banyak masa nak melawat pameran ni.

Pameran ini akan membawa pengunjung ke dunia Naruto, memberikan peluang untuk korang menjadi ‘Ninja’ dan membali barangan eksklusif yang tersedia nanti.

Selain itu, ia mempunyai set 3D, galeri dipenuhi dengan senjata Ninja dan pengalaman VR yang menarik untuk anda berinteraksi dengan karakter dari dunia Naruto dan Boruto. Tiket untuk VR ini akan dijual secara berasingan.

Yang menariknya, pameran ini akan mencipta kembali lapan babak klasik dari anime dengan efek cahaya dan audio yang menarik untuk pengunjung. ‘Curse Sealing’ dari Kakashi, momen abang-adik Uchiha dan perlawanan lagenda Naruto dan Sasuke di The Final Valley dan macam-macam lagi.

Bagi barangan eksklusif, korang juga boleh dapatkan baju dan ‘collectibles’ lain.

Ini adalah harga tiket yang ditawarkan termasuk pengunjung terawal (early bird) dan lain-lain:

Untuk info lanjut mengenai cara pembelian tiket, layari laman web ini.

RELATED NEWS

+