Crunchyroll Dan Bandai Namco Bekerjasama Untuk Permainan Video Terbaru Naruto

Crunchyroll dengan kerjasama Bandai Namco mengumumkan permainan video baru iaitu Naruto x Boruto Ninja Tribes yang akan dilancarkan di browser telefon pintar dan PC yang mana ia juga menampilkan barisan karakter daripada dunia Naruto.

Ia termasuklah daripada siri asal Naruto dan sekuelnya, Boruto: Naruto Next Generations. 

Pemain boleh memilih karakter-karakter terkenal seperti Naruto, Sasuke, Sakura dan ahli-ahli Team 7 serta Boruto, Sarada dan Mitsuki dalam perlawanan berasaskan pasukan. Menggunakan visual 2D yang tinggi kualiti, ia sangat sesuai dimainkan di peranti mudah alih.

Namun, buat masa ini masih belum ada tarikh pelancaran tapi ia akan hadir pada musim sejuk nanti.

Sumber rujukan: Comicbook

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+