Ini kisah penipuan bernilai melebihi RM1 juta dalam komuniti PlayStation di Malaysia

Peminat gajet elektronik pasti mengetahui yang ini bukan musim untuk membeli barangan elektronik seperti komponen PC serta konsol dan aksesorinya.

Hal ini demikian kerana ketandusan stok yang berpanjangan yang dijadikan lebih kritikal akibat permintaan yang amat tinggi. Isu kekurangan stok ini timbul kerana rantaian bekalan yang terputus susulan wabak COVID-19 yang melanda dan menutup ratusan kilang yang penting dan memutuskan rantaian bekalan di China.

Namun, ramai mengambil dan mengekploitasi peluang ini untuk mendapatkan keuntungan besar dengan menjual barangan elektronik pada harga yang lebih tinggi dari pasaran. Malah, ada yang mewajibkan membeli barangan dalam bentuk pakej atau bundle untuk melonjakkan keuntungan jualan itu. Tetapi, ramai yang sanggup membayar harga tinggi kepada scalpers demi mendapatkan GPU atau konsol PlayStation 5 (PS5) secepat mungkin.

Baru-baru ini, komuniti gamers di Malaysia digegarkan dengan isu wang yang dilarikan oleh seorang penjual konsol PS5 yang diyakini sebagai penjual yang boleh diharapkan oleh pengguna ramai. Walau bagaimanapun, ramai pembeli dipercayai diperdayakan oleh individu ini dan jumlah kerugian mencecah hampir jutaan Ringgit Malaysia.

Isu ini mula tersebar sekitar 9 November apabila seorang pengguna bertanya tentang si penjual yang tidak dapat dihubungi. Ramai ahli group Facebook itu juga berkata bahawa mereka juga tidak dapat menghubungi penjual itu.

Sekitar waktu ini, ia dilaporkan oleh beberapa pengguna bahawa penjual itu sudah menyahaktifkan akaun Facebooknya dan menghilangkan diri terus. Walaupun demikian, pengguna tahu yang akaun Instagram penjual masih aktif, dan individu itu memuatnaik sebuah story di Instagramnya.

 

Namun, pada waktu ini, sudah terlambat baginya kerana ahli grup Facebook itu sudah menyerang akaun Instagram penjual itu. Ramai ahli grup juga berkata bahawa agak mustahil untuk penjual ini mendapatkan stok sekitar 150 unit PS5 di mana pusat jualan Sony sendiri pun tidak mendapat stok sebanyak itu.

Selepas kejadian ini, seorang pengguna menerangkan bahawa beliau sudah menghubungi runner penjual itu yang dikatakan diperdaya olehnya.

 

Pada waktu ini, dilaporkan kerugian sebanyak RM508, 566. Namun, kisah ini tidak berakhir di sini.

Mangsa-mangsa yang terbabit kini bersatu dan berkumpul dalam sebuah siaran Telegram untuk membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil untuk mengelakkan kerugian yang agak besar. Ahli komuniti menyangkakan ia masih boleh diselesaikan dengan langkah yang mudah pada tahap ini. Tetapi, isu ini menjadi lebih rumit apabila ahli-ahli komuniti membongkar lebih banyak maklumat tentang penjual itu.

Tangkap layar dibawah menunjukan perbualan seorang mangsa bersama penjual yang ingin membuat laporan polis.

Selepas mengetahui maklumat peribadi penjual ini melalui tangkap layar kad pengenalannya, ahli-ahli komuniti bercadang untuk berkumpul dan menggegarkankan rumah peribadi individu itu seperti yang dilihat di tangkap layar di bawah.

Selain itu, dilaporkan juga oleh pengguna Facebook itu bahawa individu dituduh itu berhutang akibat aktiviti berjudi.

Menurut grup Telegram mangsa-mangsa yang berkumpul, kerugian setakat ini berjumlah lebih RM1.5 juta.

Individu dituduh itu sekali lagi memuat naik hantaran di Instagram Story yang menekankan bahawa dia akan memulangi wang pembeli yang diperdaya olehnya.

Setakat petang tadi, dilaporkan bahawa sepasukan polis Kepala Batas berada di lokasi kediaman individu berserta ahli-ahli komuniti yang berang kerana individu bersama ibu dan adiknya tidak dapat ditemui di kediamannya. Polis dilaporkan berada di lokasi demi keselamatan kedua-dua pihak.

Walau bagaimanapun, polis tidak boleh melakukan apa-apa setakat ini. 

Pesanan Penulis

Pada waktu ini, penulis berharap isu ini dapat diselesaikan dan wang dapat dikembalikan kepada mangsa-mangsa tipudaya individu tidak bertanggungjawab itu.

Penulis juga berpesan agar pembaca dapat melakukan transaksi dengan pihak dipercayai seperti HeavyArm Store atau CK Multimedia System dan sewaktu dengannya agar tidak diperdaya dan mengalami kerugian. Walaupun sesetengah kedai menawarkan ‘waiting list’, ia seribu kali lebih baik dari diperdaya dan kehilangan sejumlah wang yang agak signifikan.

RELATED NEWS

+