Pasangan ditangkap khalwat alasan main game bola?

Sepasang kekasih baru-baru ini dicekup berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah dua hari lalu.

Namun, alasan yang diberikan oleh pasangan itu adalah bermain permainan video bola.

Pasangan 23 tahun itu ditangkap pada jam 2.30 pagi oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Menurut Datuk Che Sukri Che mat, pasangan itu antara enam individu yang berusia 19 hingga 23 tahun ditahan ketika operasi.

“Sepasang kekasih memberikan alasan mereka hanya bermain permainan bola ketika dicekup di dalam sebuah bilik hotel,”

Pasangan itu ditangkap apabila gagal mengemukakan dokumen pernikahan dan mengatakan mereka adalah saudara jauh.

“Kami sangat berterima kasih atas perkongsian maklumat dan mengalu-alukan orang ramai menyertai keahlian Raseim bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah,”

Orang yang ditahan akan dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara selama maksimum 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Manakala pelaku wanita pula akan didenda sehingga RM2,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Rujukan: Kosmo

RELATED NEWS

+