FIFA 23 akan dilancarkan pada 30 September, ada liga bola sepak wanita, hypermotion2 dan rentas platform

FIFA 23 adalah entri terbaharu dari EA yang menampilkan kelab wanita, buat pertama kali. Dua liga bola sepak wanita dipertandingkan adalah Liga Super Wanita Barclay di England dan Divisi 1 Arkema di Perancis.

Selain itu, kedua-dua piala dunia iaitu Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Dunia Wanita Australia dan New Zealand 2023 akan hadir bersama sebagai kemaskini percuma.

Menariknya kali ini, akan ada rentas platform untuk mod 1v1, termasuklah FIFA Ultimate Team, online seasons dan online friendlies. Ini bermakna bagi anda yang berada di PS5, Xbox Series X/S dan pemain PC boleh bermain sekali, sama juga seperti pengguna PS4 dan Xbox One.

Hypermotion pula kali ini ditambahbaik dengan lebih 600 animasi yang diambil.

Di FIFA 23, Sam Kerr dan Kylian Mbappé akan menjadi penghias kotak permainan yang akan dilancarkan pada 30 September ini.

RELATED NEWS

+