Pasukan Dota 2 T1 berpindah ke Filipina, elakkan kejadian dahulu berlaku lagi

Pasukan T1 Dota 2 kini berpindah ke Filipina sepenuhnya agar dapat menjalankan latihan bersama-sama. Ini juga dilakukan untuk mengelakkan kes yang berlaku pada pusingan akhir Dota Pro Circuit (DPC) Southeast Asia (SEA) 2021-22 Regional Finals.

Pada asasnya, sorang ahli pasukan penting iaitu Karl, tidak dapat menyertai perlawanan akhir kerana isu internet yang sering terputus-putus. Dia digantikan dengan Lelouch- dari Polaris Esports untuk pusingan akhir. Susulan itu, pasukan T1 tewas di pusingan akhir dengan skor muktamad 3-1 menentang BOOM Esports yang mereka berpendapat boleh dimenangi.

CEO pasukan T1, Joe Marsh, mengatakan bahawa selain daripada mengelakkan kejadian malang itu berlaku lagi, pasukan itu lebih fokus dan mampu meningkatkan prestasi apabila bermain sekali.

Pasukan itu dijangka untuk bersaing dalam BTS Pro Series S10 dengan perlawanan pertamanya dijadualkan pada 15 Februari menentang Execration.

Walaupun keseluruhan skuad mungkin tidak dapat berkumpul dalam tempoh yang singkat kerana protokol kesihatan, kemungkinan pasukan itu akan dapat berkumpul untuk Tour 2, yang bermula pada bulan Mac.

Sumber rujukan: Twitter

TAGS

RELATED NEWS

+