Pasukan Dota 2 wanita Malaysia layak ke semi final di Istanbul, lawan petang ini

Pasukan Dota 2 wanita Malaysia layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Global Esports Games Istanbul 2022 selepas menewaskan New Zealand, 2-0 semalam.

Mereka akan berjumpa dengan Argentina pada jam 4:30 petang ini.

Jangan lupa berikan sokongan kepada mereka di page Facebook Malaysia Esports Federation.

Pasukan itu sebelum ini berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas meraih pingat emas di Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) pada bulan Ogos lalu.

Foto: MESF

RELATED NEWS

+