“Pasukan Filipina memang sangat kuat, mereka mendominasi,” – Alberttt

Perlawanan akhir Sukan SEA MLBB di Hanoi, Vietnam menyaksikan pasukan Filipina mendominasi dengan hanya tiga pemain asal iaitu Wise, Hadji dan juga OhMyV33nus.

Dua ahli pasukan yang lain hanya diambil di dalam pemilihan umum yang dilakukan oleh pasukan Blacklist International tempoh hari.

Alberttt selaku pemain yang dikatakan paling hebat di MPL ID mengakui kehebatan pasukan Filipina di Sukan SEA 2021.

Menurutnya, pasukan Filipina sangat kuat dan sepanjang tahun ini mereka sangat mendominasi.

“Komen di atas pretasi pasukan Filipina? Ya, mereka sangat kuat. Pencapaian mereka boleh dilihat sepanjang tahun di pertandingan sebelum ini. Mereka mendominasi,” ujarnya.

Memang tidak dapat dinafikan, pasukan Filipina mempunyai corak permainan yang berbeza dan mereka boleh sahaja membaca strategi yang digunakan oleh pihak lawan.

Selain itu, pasukan Filipina sering mencuba meta baru dan tidak kekal menggunakan strategi yang sama.

RELATED NEWS

+