Pasukan Gagak memperkenalkan barisan pemain Dota 2

Pasukan Gagak kini menceburi arena Dota 2 dengan barisan pemain baru yang rata-rata dianggap antara yang terbaik di Malaysia. Pasukan ini mempunyai potensi yang hebat untuk berkembang di arena Dota 2 Malaysia dan serantau Asia Tenggara.

  • Carry                   :               Aiman Nizar bin Mustafa “Meistro”                         
  • Mid                      :               Muhammad Azim bin Ratim “Clarity”                      
  • Offlane                :               Muhammad Ezraf bin Md Ramli “Yapz”                  
  • Soft-Support      :               Muhammad Zakwan bin Abdullah “Kuga”                             
  • Hard-Support    :               Muhammad Amir Anuar bin Zakaria “Mirdi”    

Barisan pemain ini bukanlah pemain yang setahun jagung tanpa pengalaman bermain kejohanan. Antara kejohanan yang mereka pernah lalui seperti Taiwan Excellence Esports Cup 2019 LAN Qualifier, Selangor Cyber Games dan lain lagi. Malah, Mirdi pernah merangkap tempat ke-7 dalam Malaysia Esport Selection pada tahun 2019. 

Pasukan Gagak akan diurus oleh hos dan pengulas e-sukan, Tarmizi Anuwar  atau lebih dikenali sebagai “Jering” dalam dunia e-sukan.

Beliau akan dibantu oleh Mohd Iffan Daniel bin Mohd Noor yang juga dikenali sebagai “Blazing-“.

Kedua-duanya mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam bidang e-sukan dan terbabit dalam pelbagai acara dan kejohanan seperti Malaysia Esports League 2021 dan Serba Dinamik Dota2 Championship 2021.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Tarmizi Anuwar 🏴 (@tarmizianuwar)

Jering bersama Yapz sewaktu Yapz bersama Todak Dota 2

Pasukan Gagak bertujuan untuk bermain dalam persaingan kompetitif dan berusaha untuk berada di tahap terbaik. Fokus utama pasukan ini adalah untuk melayakkan diri mencapai standard peringkat antarabangsa (kejohanan Minor dan Major) dan meningkatkan taraf komuniti Dota 2 di Malaysia.

TAGS

RELATED NEWS

+