Pasukan Rahasia dan Team Ebliz layak ke musim liga MPL MY musim kelapan

Dua pasukan Malaysia, Pasukan Rahasia dan Team Ebliz layak ke musim liga MPL MY musim kelapan.

Selepas bertungkus lumus di pusingan kelayakan semalam, kedua-dua pasukan ini berjaya menempah tiket ke Liga Profesional Mobile Legends itu.

Difahamkan, The Ebliz terdiri daripada pemain-pemain baru yang belum pernah menyertai MPL.

Bagi Pasukan Rahasia, mereka sudah pun dikenal pasti oleh pengulas-pengulas sebagai bekas pemain Orange Esports. Mereka adalah Aim, Mom, Neo, Mali dan Squpoz dari Team Bosskurr.

Pastinya musim liga yang akan berlangsung tak lama lagi memberi satu kejutan kepada pasukan sedia ada.

Pasukan Rahasia dan The Ebliz akan menyertai skuad jemputan lain iaitu Geek Fam, Team SMG, Todak, Suhaz Esports, RSG MY dan HomeBois.

RELATED NEWS

+