Pasukan T1 akan mengekalkan barisan pemain mereka

Pasukan T1 kini mengumumkan mereka akan mengekalkan barisan pemain Dota 2 yang sedia ada untuk bertanding di Dota Pro Circuit (DPC) yang seterusnya. Perkara ini diumumkan di laman sosial Twitter mereka.

Keputusan ini sangat bagus kerana keserasian di antara pasukan itu kekal dan mereka boleh meningkatkan lagi mutu permainan dengan membuat banyak latihan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, pasukan T1 tewas ketika bertemu dengan Vici Gaming di International 10 dengan skor 1-2. Mereka mendapat kedudukan ke-8 di dalam pertandingan berprestij itu.

Juara ESL One Summer 2021 ini pernah menewaskan pasukan gergasi dari Rusia iaitu Virtus Pro di peringkat grand final dengan skor 3-2.

T1 dianggotai oleh:

  • 23Savage (Pos 1)
  • Karl (Pos 2)
  • Kuku (Pos 3)
  • Xepher (Pos 4)
  • Whitemon (Pos 5)

Foto: T1

RELATED NEWS

+