Pasukan VALORANT wanita dituduh menipu menggunakan teman lelaki sebagai joki

Satu pasukan wanita VALORANT kini menerima tuduhan menipu dalam pertandingan Galorants Astral Clash kerana menggunakan teman lelaki sebagai joki. 

Istilah joki bermaksud menggunakan khidmat pemain lain yang lebih handal untuk bermain di pertandingan.

Team Fallacy menghadapi tuduhan ini kerana salah seorang dari pemain mereka menggunakan joki dari teman lelakinya.

Pemain yang dikenali sebagai Mars menggunakan khidmat joki dari teman lelakinya, Payen yang juga bekas pemain TSM FTX.

Payen dikatakan menggunakan akaunnya sendiri semasa perlawanan.

Image

Bukti yang ada juga menjadi berita yang tidak menyenangkan untuk Mars.

Semasa pertandingan Mars secara tiba-tiba boleh membuat clutch 1 lawan 4 dan kemudiannya ada orang mendapati keybind yang digunakan oleh Mars adalah berbeza tetapi sama dengan teman lelakinya.

Payen juga dilihat bermain dengan keseluruhan pemain Fallacy di ranked sehari sebelum acara.

Kenapa Fallacy perlu menipu?

Setakat ini semua ini hanyalah tuduhan dan Riot Games masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini.

RELATED NEWS

+