versi PC judul tersebut akan dilancarkan pada bulan Jun tahun ini. Malangnya, tarikh tersebut terpaksa diubah."> versi PC judul tersebut akan dilancarkan pada bulan Jun tahun ini. Malangnya, tarikh tersebut terpaksa diubah." /> versi PC judul tersebut akan dilancarkan pada bulan Jun tahun ini. Malangnya, tarikh tersebut terpaksa diubah." />

Pelancaran Death Stranding Versi PC Ditunda Ke 14 Julai 2020

Death Stranding dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) pada tahun lepas dan Kojima Productions telah mengumumkan bahawa versi PC judul tersebut akan dilancarkan pada bulan Jun tahun ini. Malangnya, tarikh tersebut terpaksa diubah.

Pada penghujung bulan Mac, salah seorang kakitangan Kojima Productions disahkan menghidapi COVID-19. Pejabat studio tersebut kini telah ditutup dan para pekerja diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Perkembangan ini menjejaskan pembangunan Death Stranding versi PC. Oleh itu, tarikh pelancaran judul tersebut telah ditunda ke 14 Julai 2020.

Death Stranding versi PC akan diedarkan melalui Steam dan Epic Games Store. Ia akan mempunyai beberapa ciri istimewa yang tidak ada di versi PS4 seperti framerate tidak terhad dan sokongan resolusi ultrawide.

Kami di MyGameOn sentiasa berharap kakitangan Kojima Productions sihat dan selamat di rumah masing-masing.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+