Pemain Dota 2 kelahiran Malaysia, JT- positif COVID-19

Thiay ‘JT-‘ Jun Wen yang juga pemain posisi offlaner untuk Invictus Gaming (IG) sudah positif COVID-19 berikutan kenyataan dari pasukan IG sendiri.

Setakat ini IG memberitahu staf mereka masih lagi negatif dan pemain kelahiran Malaysia itu sudah ditempatkan di tempat berasingan.

Sebelum ini, Pasukan Aster menghadapai perkara sama untuk tiga pemain mereka.

COVID-19 kini mula menjadi masalah untuk TI10 apabila beberapa pemain sudah positif COVID-19.

JT- mula disyaki apabila beliau mengatakan dia telah demam pada pagi 29 September dan dukacita keputusan swab test adala positif.

Kes positif ini juga bermula sejak peningkatan kes COVID-19 di Romania.

RELATED NEWS

+