Pemain Malaysia mencalonkan set Rich Brian sebagai set terbaik PUBG Mobile

Set eksklusif Rich Brian Aerial Air Max telah mencuri tumpuan ramai pemain setia PUBG MOBILE terutamanya peminat setia Rich Brian di Malaysia.

Selepas mendapat sambutan yang hebat sejak dilancarkan pada pertengahan Julai, PUBG Mobile kini mengumumkan pemain berpeluang untuk bermain guna kostum Rich Brian hingga 5 Ogos. 

Pembikin kandungan permainan, Arif Bakhtiar dan Daddyhood juga mempamerkan keseronokan dan pengalaman menggunakan set pakaian Brian. 

Pemain masih boleh sertai cabutan bertuah dari 16 Julai hingga 5 Ogos untuk mendapatkan set Aerial Air Max di dalam Rich Brian Crate di menu kedai. Satu Rich Brian Crate boleh ditebus dengan 60 UC atau 10 crate dengan diskaun harga 540 UC.

Selain pakaian dan pek suara, pemain juga berpeluang mendapat barangan kolaborasi PUBG MOBILE x Rich Brian seperti skin kapal terbang, payung terjun skin senjata Kar98K dan Brich Brian Punk Pan.

Pemain juga berpeluang untuk nikmati kolaborasi lain PUBG Mobile, termasuk bersama TESLA. Dengan kerjasama ini, pemain berpeluang untuk miliki sebuah Tesla Model Y di dalam acara “Real Car Event”. Acara ini akan tamat pada 12 Ogos 2021 dan pemain hanya perlu sertai satu cabutan bertuah.

Melalui kemaskini 1.5 PUBG MOBILE memperkenalkan mod permainan Mission Ignition dan transformasi futuristik pada peta Erangel termasuk giveaway seperti emas, kredit telefon dan sebuah Yamaha MT-25 di acara Summer Rich.

RELATED NEWS

+