Pemain menemukan gambar acah peta baru Apex Legends

Seorang pemain Apex Legends berkongsikan melalui ciapan Twitternya menyatakan dia mungkin menemui gambar acah peta baru yang disembunyikan di dalam permainan.

Pengguna @alphaINTEL menunjukkan satu video pendek memperlihatkan satu gambar seakan kawasan tropika pada bingkai gambar di dalam permainan. 

Selain itu, seorang YouTuber Apex Legends juga berkongsikan video yang sama mengenai peta baru ini melalui saluran Youtubenya.

Buat masa ini pihak Respawn masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal ini. 

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+