Pemain Roblox disaman AS$150 ribu, digantung dari bermain oleh mahkamah

Seorang pemain Roblox di Amerika Syarikat disaman sejumlah AS$150,000 (RM628,000) serta digantung secara kekal dari Roblox oleh arahan mahkamah Amerika Syarikat.

Benjamin Simon atau Ruben Sim adalah seorang pembangun kandungan untuk permainan itu. Menurut mahkamah, dia dituduh mengancam pengguna Roblox dan pembangunnya, bersama-sama dengan ‘cybermob‘nya.

Selain itu, mahkamah juga mengarah supaya Simon tidak menghampiri kompleks pejabat Roblox sejauh 100 kaki.

Dalam kes asal dari 2021, peguam Roblox mendakwa Simon membuat ‘ancaman pengganas’ yang menyebabkan Persidangan Pembangun Roblox di San Francisco pada Oktober ditutup buat sementara waktu. Dia menyebut “Jangan datang ke RDC (Persidangan Pembangun Roblox) esok,” di Twitter.

Di Twitter, Simon mengakui keputusan itu, dan berkata dia tidak akan mengakses platform itu lagi mengikut penghakiman. Bagaimanapun, dalam tweetnya mengenai perkara itu, dia berkata dia tidak membayar Roblox sebarang wang.

Pengajaran daripada kisah ini adalah elakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak seperti mengancam keselamatan orang awam.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+