Kim Kardashian mahu menyaman Roblox atas iklan video lucah lama

Roblox sentiasa berada di mana-mana sekarang dan siapa menyangka di dalam Roblox akan terdapat klip video mengenai Roblox di dalam The Kardashians.

Dalam episod “Burn Them All to the F*****g Ground,” Kim Kardashian kelihatan sangat kecewa apabila anaknya Saint terjumpa satu iklan di dalam Roblox dan menyangka itu gambar ibunya menangis.

Kim kemudian mengatakan iklan itu sangat tidak sesuai untuk permainan seperti Roblox.

https://i.kinja-img.com/gawker-media/image/upload/c_fit,f_auto,g_center,pg_1,q_60,w_965/94d4bd2e23459e298caf28b4469fabc6.jpg

Kardashian pada ketika itu sedang mengadakan parti barbeku dan anaknya Saint datang menunjukkannya kandungan dari Roblox.

“Itu bukan karakter saya itu adalah permainan video,” ujar Saint ketika menunjukkan gambar ibunya itu.

“Oh, permainan video? Kita akan menyaman mereka kerana menggunakan nama dan gambar saya,” tambah Kim Kardashian selepas itu.

Roblox kini memberi maklumbalas bahawa tiada video lucah Kim Kardashian di dalam permainan video Roblox itu.

Roblox mempunyai polisi ketat untuk menjaga kanak-kanak dari terdedah kepada perkara sebegini.

Mereka juga sudah mengharamkan individu yang mencipta permainan itu di dalam Roblox.

“Ini adalah perkara terakhir yang saya mahu sebagai seorang ibu, iaitu perkara yang sudah lepas untuk datang 20 tahun kemudian,” tambah Kim Kardashian.

Kim juga menambah dia mempunyai banyak masa, wang dan sumber untuk menyaman Roblox.

Rujukan: Polygon

RELATED NEWS

+